JURNAL
BUMBURING MENONGKAH ARUS
MENENTANG PATI?
Jom ikuti Temubual mereka:
MUTALIB M.D
EKORAN daripada cabaran Menteri Dalam Negeri,
Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memintanya mengemukakan bukti sekiranya hal
ini benar wujud pendatang asing tanpa izin (PATI) di sabah diberikan dokumen
pengenalan diri Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) telah menerima
cabaran tersebut dan mengotakan janjinya untuk mengemukakan bukti setelah
menyerahkan ‘Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI
Melalui Skandal X-Files’ kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Abu
Seman Yusof pada Disember 2010, genap enam bulan selapas cabaran itu diberikan.
Berikut adalah Wawancara Penuh Ketua Editor
Sabahkini.net, Mutalib M.D dengan Ahli Parlimen Malaysia (P 170 Tuaran) yang
diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia pada 16 Disember 2010.
MUTALIB M.D: Selamat Petang Datuk Seri. Saya dimaklumkan sebentar tadi
Datuk Seri telah menyampaikan Memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri
selaras dengan janji Datuk Seri kepada Dato’ Seri Hishamuddin pada 16 Jun 2010.
Kenapa Datuk Seri mengambil masa agak lama untuk mengemukakan bukti berkenaan.
BUMBURING: Ya
selamat petang dan terima kasih kerana kesudian Sabahkini.net memfokuskan isu
yang amat penting ini kepada Sabah dan rakyatnya sejak lebih 30 tahun lalu.
Sebenarnya enam bulan bukanlah masa yang panjang untuk menghuraikan masalah dan
mencari bukti bagi menyelesaikan isu yang telah berakar umbi selama lebih
daripada tiga dekad. Setelah berbincang dengan Panel Peguam UPKO dan beberapa
pakar rujuk, inilah salinan memorandum, sama seperti yang telah saya serahkan
kepada Dato’ Wira Abu Seman kerana Menteri Dalam Negeri tidak dapat hadir
(menyerahkan sesalinan memorandum setebal 122 muka surat untuk rujukan sepintas
lalu).
MUTALIB M.D: Kenapa Datuk Seri namakan ‘Memorandum ini sebagai
Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui
Skandal X-Files’. Jika kerajaan sudah berikan, bagaimana mereka mahu membatalkan?
MUTALIB M.D:
Kenapa Datuk Seri namakan ‘Memorandum ini sebagai memorandum pe-mbatalan IC
Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI melalui Skandal X-Files’. Jika
kerajan sudah berikan, bagai- mana mereka mahu mem-batalkan?
BUMBURING: Tajuk
itu dipilih secara rigid dan itulah hasrat tulus dan sucihati semua rakyat
Sabah agar Kerajaan Persekutuan membatalkan semua dokumen pengenalan diri yang
diberikan secara tidak sah kepada PATI. Mengikut undang-undang dan hukum alam,
jika mereka boleh memberi, maka mereka boleh membatalkannya. Kita harap agar
Kerajaan Per-sekutuan dan Kabinet Malaysia tidak akan teragak-agak untuk
membatalkan semua dokumen ini secara mandatori dan tidak berdalih lagi kerana
segala bukti telah saya serahkan.
MUTALIB M.D: Datuk Seri menggunakan terma ‘Skandal X-Files’ iaitu
sinonim yang saya gunakan dalam buku saya ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’;
apakah maksudnya sama atau ada maksud lain?
BUMBURING: Ya,
pandangan kita hampir sama tetapi ada perbezaan yang ketara dari segi makna dan
tafsirannya. Skandal X-Files bagi saya merujuk kepada ‘Gerakan Subversif’
kumpulan tertentu, sama ada dengan arahan atau secara bersendirian;
mempengaruhi pihak berkuasa (Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri)
untuk menjalankan gerakan secara besar-besaran; mengeluarkan kad pengenalan
diri kepada warga asing yang boleh disewa untuk tujuan politik; tetapi
menggunakan modus operandi yang bercanggah atau menyimpang daripada kehendak
Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik dan
menjadikan PATI yang boleh mengundi (setelah memperolehi kad pengenalan atau
dokumen pengenalan sementara) sebagai ‘Fixed Deposit’ sehingga menafikan hak
Anak Negeri Sabah yang tulen. ‘Skandal X-Files’
ini lebih dasyhat daripada ‘Skandal Watergate’ yang pernah berlaku di Amerika
kerana skandal di Malaysia ini melibatkan rahsia, maruah dan kedaulatan ngara
dan isu ini bukan rahsia lagi setelah saudara dan rakyat Sabah yang lain telah
membentangkan hujah berhubung isu ini dalam buku beberapa buah buku yang telah
dicetak dan dijual kepada umum.
Memorandum ini
melambangkan niat ikhlas, sucihati dan bersatupadu seluruh Warga Sabah terutama
anak cucu kepada mereka yang telah memperjuangkan Kemerdekaan Sabah daripada
British yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia, namun hak mereka
sebagai pewaris telah dipinggirkan Kerajaan Barisan Nasional dengan merekrut
warga asing sebagai ‘Anak Negeri’ dan ‘Pengundi’.”
MUTALIB M.D: Bukankah tindakan ini ibarat menongkah arus kerana Datuk
Seri sebagai Ahli Parlimen yang mewakili BN dan tidakkah boleh dibincangkan di
peringkat Jawatankuasa atau dibahaskan di Parlimen?
BUMBURING: Saya
dan Ahli Parlimen (Sabah) sebelum ini telah cuba untuk mengetengahkan isu ini
termasuk membuat usul dan pertanyaan lisan atau bertulis, namun kesuntukan masa
dan halangan birokrasi menyebabkan isu ini terperam begitu lama di parlimen.
Pertanyaan demi pertanyaan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat belum pernah dijawab
secara saksama oleh Menteri Dalam Negeri; termasuklah pertanyaan Mantan Ahli
Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Radin Malleh pada 14 November 1995 berhubung
Ops Gembleng tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.
Sebagai Ahli
Parlimen Malaysia, saya berhak untuk menyampaikan amanat rakyat Sabah kepada
Kerajaan Persekutuan dan tidak terniat sama sekali untuk mengkritik atau
menentang dasar Kerajaan Persekutuan.
Apa yang berlaku
hanya penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian; seperti juga Skandal
Pasport dan Pas Lawatan yang menggemparkan negara kita apabila Ketua Pengarah
dan Timbalannya didakwa atas tuduhan rasuah. Bezanya, semua pegawai JPN yang
terlibat dengan Ops Gembleng hanya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) dan rahsia tersebut terpendam begitu sahaja.
MUTALIB M.D: Apakah yang menyebabkan Datuk Seri terfikir untuk
mengemukakan memorandum setebal 122 muka surat yang dilengkapi bukti kepada KDN
sedangkan Ahli Parlimen sebelum ini hanya menghantar sekeping surat atau
membahasnya secara terbuka tanpa menyentuh ‘rahsia besar’ yang cuba
disembunyikan kerajaan selama ini?
BUMBURING: Saya
membuat memorandum ini agar Kerajaan Malaysia membatalkan semua kad pengenalan
projek yang telah diberi secara curang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
dan generasi pertama, kedua dan seterusnya sejak 1972 sehingga kini kerana ia
mencabul Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.
Saya berpendapat
Kad Pengenalan biru yang menjadi asas kepada pemberian MyKad yang diproses oleh
‘Sindiket X-Files’ Kerajaan, sama ada dengan izin atau tanpa pengetahuan
Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara adalah mengancam
keselamatan negara dan wajar dirampas daripada mereka untuk digantikan dengan
dokumen pengenalan diri yang sesuai (kad pengenalan hijau atau merah-mengikut
kesesuaian) bagi menjaga dan memperkasa Kedaulatan Malaysia.
MUTALIB M.D: Apakah asas untuk Datuk Seri membuat ‘pendakwaan’ terbuka
terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu kad pengenalan palsu, projek atau
dokumen pengenalan sementara yang Datuk Seri dakwa diberikan secara curang
kepada PATI?
BUMBURING: Sebagai
Penggubal Undang-Undang di Parlimen, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan
merujuk kepada Bahagian 3, Bab 1, Fasal 14, 15, 16, 18, 19 dan 22 Perlembagaan
Persekutuan dan Instrument (Peraturan Pendaftaran) Jabatan Pendaftaran Negara
dengan jelas menyebut cara Perolehan Kewarganegaraan. Oleh itu, sebarang
penyimpangan atau pencabulan terhadap klausa dan fasal di atas bercanggah
dengan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan secara mutlak bahawa;
“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan
Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”
Pada pendapat saya, isu Kanun
juga melibatkan 20 Perkara yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia dan
wajar dipatuhi semua pihak terutama Perkara 6 dan 10 yang menyentuh isu kuasa
Imigresen dan Kerakyatan;
Point 6: Immigration:
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should
rest with the Central Government but entry into North Borneo should also
require the approval of the State Government. The Federal Government should not
be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government
purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have
unfettered control over the movements of persons other than those in Federal
Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.
Point 10: Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold
Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North
Borneo subject to the following amendments:
* a) sub-paragraph (i) should
not contain the proviso as to five years residence
* b) in order to tie up with
our law, sub-paragraph (ii)(a)
Jika Perkara 6 (20
Perkara) masih diterima pakai sehingga kini, kenapa Perkara 10 tidak
dikuatkuasakan? Cuba kita lihat betapa kukuhnya Perkara 6 daripada intipati 20
Perkara yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Malaysia.
(termasuk Perdana
Menteri dan Menteri Kabinet) dikehendaki dari segi undang-undang untuk mengisi
borang khas IMM 114-Pindaan 1/86 ketika memasuki Sabah melalui pintu imigresen
yang sah.
Ini menandakan
Sabah mempunyai ‘Dasar Imigresen’ yang tersendiri. Sekiranya mereka tidak mahu
mengisi borang ini, maka mereka hendaklah menunjukkan Pasport Antarabangsa
Malaysia atau Pasport Terhad untuk dicop sebagai kebenaran memasuki Sabah
secara sah. Pemegang pas masuk ini hanya boleh tinggal selama 3 bulan di Sabah
sekalipun beliau rakyat Malaysia.
MUTALIB M.D: Boleh Datuk Seri ceritakan latar belakang isu kerakyatan
songsang yang dimaksudkan agar rakyat Sabah termasuk Adun dan Ahli Parlimen
lebih faham?
BUMBURING: Isu
‘Kerakyatan Songsang’ di Sabah telah menjadi ‘Open Secret’, bukan sahaja di
kedai kopi malah telah dibahaskan secara meluas, bukan sahaja di media masa,
Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Parlimen; malah ke Pejabat Perdana
Menteri Malaysia dan Istana Negara.
Sekalipun dibuat
secara terancang melalui ‘Skandal X-Files’ untuk tujuan politik bagi meramaikan
pengundi dalam usaha melakukan ‘Coup De-taat’ (Kudita atau rampasan kuasa)
politik daripada rakyat tulen Sabah; namun kecintaan terhadap ibu pertiwi,
rakyat Sabah menyuarakan keluhan mereka melalui Adun dan Ahli Parlimen,
termasuk saya.
Senario ini
menampakkan kebimbangan mereka terhadap ‘Virus PATI’ yang disuntik ke dalam
sistem sosial di Sabah (kini menjalar ke seluruh Malaysia);
sehingga berlaku
perampasan hak mutlak mereka iaitu ‘kuasa undi’ yang berkuasa menentukan atau
menjatuhkan kerajaan yang mereka pilih.
Walaupun tidak ada
angka rasmi yang dapat diberikan, namun jumlah mereka kini sudah melebihi
sejuta orang kerana berdasarkan jumlah kad -
should read “7 out of 10 years” instead of “8 out
of 10 years”
* c) sub-paragraph (iii)
should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a
person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen[8]
pengenalan biru
yang dikeluarkan kepada PATI sebanyak 322,903 dengan anggaran kasar setiap
seorang daripada mereka memperolehi empat orang anak sejak memperoleh
kerakyatan songsang.
Jumlah ini tidak
termasuk mereka yang datang secara sah, tetapi tinggal di negara ini secara
tidak sah setelah pas lawatan mereka tamat tempoh dan bersembunyi di koloni
setinggan dan di kampung terpencil atau di pinggir bandar dengan menumpang di
rumah saudara mara mereka yang telah mendapat ‘Suaka’ politik.
Ketidak cekapan
sistem pemantauan kerajaan menyebabkan jumlah mereka semakin ramai dan boleh
mengancam keselamatan negara.
MUTALIB M.D: Bukankah Menteri Dalam Negeri telah menafikan isu yang
Datuk Seri bangkitkan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010 berhubung kenyataan
Jabatan Pendaftaran Negara yang mengesahkan bahawa ‘tiada MyKad telah diberi
kepada pendatang haram atau orang yang tidak mempunyai status warganegara.
Kerajaan hanya mengeluarkan Kad Pengenalan MyKad kepada warganegara yang layak
mengikut peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara
1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi kenapa Datuk Seri
mengemukakan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri?
BUMBURING: Sejajar
dengan pelawaan Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan lisan saya untuk
mengemukakan bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah yang dikeluarkan
MyKad dan memberi maklumat-maklumat lengkap terus kepada beliau untuk disiasat
dan diambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang dimaksudkan.
Berlandaskan
Prinsip ‘Natural Justice’ yang diselaraskan dengan jaminan hak asasi
sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebagai Ahli
Parlimen Malaysia (Tuaran), saya mengemukakan memorandum ini untuk pertimbangan
saksama dan penyelesaian khusus ‘Kerajaan Malaysia’ melalui Kementerian Dalam Negeri
berdasarkan bukti yang dihuraikan secara ringkas dalam memorandum ini.
MUTALIB M.D: Bolehkah Datuk Seri ceritakan serba ringkas berhubung
kerakyatan songsang yang berlaku di Sabah dan apakah bukti yang Datuk Seri ada
untuk mengesahkan kejadian subversif ini?
BUMBURING: Seperti
yang saudara tahu, isu kerakyatan songsang ini bermula sejak 1972, namun hanya
pada 1999, wujud bukti bertulis yang dihasilkan rakyat Sabah kerana mereka
begitu serius mengkaji dan mengumpul bukti ‘Skandal X-Files’ yang berlaku di
Sabah selama ini, namun dinafikan Kerajaan Barisan Nasional.
Dakwaan paling
berasas adalah buku yang saudara tulis termasuk ‘IC Palsu Merampas Hak Anak
Sabah’ pada 1999 dan diikuti dengan buku ‘Pengundi Untuk Disewa’ yang diterbitkan
sekitar November 1999; serta buku ‘IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir’ yang
diterbitkan pada Disember 2006; ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ yang diterbitkan
pada 2007.
Mantan Tahanan
ISA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga telah menerbitkan buku ‘Justice For Sabah’;
Aktivis Masyarakat, Dr Chong Eng Leong pula menghasilkan buku ‘Lest We Forget’
dan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Wilfred Madius Tangau juga
menerbitkan kompilasi ucapan beliau berhubung PATI iaitu ‘Suara Parlimen Anda.’
Kesemua buku ini
adalah rakaman peristiwa sebenar daripada apa yang berlaku di Sabah sejak 1972
hingga kini kerana dipercayai Sindiket Kad Pengenalan Projek masih berleluasa
di Sabah melalui beberapa modus operandi.
Sekalipun sekatan
dan pemantauan dilakukan; namun agitasi politik menyebabkan isu ini tidak dapat
dipadam dengan mudah kerana ‘Api Kemarahan’ sudah merebak ke relung hati rakyat
tulen Sabah yang marah dan menyimpan dendam kepada Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Barisan Nasional.
Istilah ‘Fixed
Deposit’ yang diguna pakai pemimpin Persekutuan setiap kali berucap di Sabah
menambah garam ke luka di hati rakyat yang semakin bernanah kerana istilah
tersebut merujuk kepada ‘penyokong tegar’ Barisan Nasional yang terdiri
daripada PATI yang memperoleh kerakyatan secara songsang; yang
dijadikan modal setiap parti politik di Sabah untuk meraih sokongan rakyat
tempatan.
Bagi majoriti
rakyat tulen Sabah, termasuk saya sendiri; sebagai seorang penggubal
undang-undang merasa malu apabila isu ini ditimbulkan berulang kali di Dewan
Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Parlimen; namun tidak ada sebarang
penyelesaian dibuat oleh Kerajaan Persekutuan yang telah berjanji untuk menjaga
Kedaulatan dan Keselamatan Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.
Saya ingin
mengitar semula beberapa bukti penting yang diberi nafas baru dan mengemukakan
beberapa bukti baru yang mengesahkan bahawa dakwaan Kerajaan Persekutuan
menanam ‘bom jangka’ di Sabah memang benar iaitu melalui kehadiran lebih SATU JUTA
PATI yang ditulenkan melalui penganugerahan kad pengenalan projek yang
mempunyai nombor siri tertentu.
Faktor angka
bukanlah isu penting, tetapi ketegasan, ketelusan, ketulusan dan keikhlasan
Menteri Dalam Negeri membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu yang berlarutan
sejak lebih tiga dekad lalu, yang bukan sahaja diabaikan, malah dibiarkan
berleluasa oleh beberapa Menteri Dalam Negeri yang lalu; amat diharap dan
dialu-alukan oleh seluruh rakyat Sabah yang cintakan keamanan dan bangga
menjadi Rakyat Malaysia dan ingin terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional.
MUTALIB M.D: Bukankah kesemua bukti yang Datuk Seri nyatakan tadi tidak
diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak mampu berinteraksi dengan Menteri
Dalam Negeri untuk menjawab apa juga kemusykilan. Apakah ada bukti lain yang
lebih dominan?
BUMBURING: Memang
Ada. Setelah saya dan jentera pentadbiran saya menjalankan kajian di seluruh
Sabah, dengan sokongan dan dukungan ramai NGO dan orang perseorangan, saya
ingin mengemukakan bukti sah kewujudan PATI dan bukti PATI memiliki kad
pengenalan Malaysia melalui jalan songsang.
Sekalipun
Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti telah mengadakan siasatan awal
dengan memanggil beberapa pihak (termasuk saudara) untuk
memberi keterangan, namun mereka tidak mempunyai Locus-standi dan status-quo
untuk mengambil tindakan menurut lunas undang-undang.
Bukti yang
dikemukakan bersama ini adalah ‘Tips of Iceberg’ yang boleh diguna pakai oleh
KDN untuk menjalankan siasatan terperinci dan mendakwa dalang di sebalik
‘Sindiket X-Files’ ini menurut undang-undang sebagaimana yang dijanjikan
Menteri Dalam Negeri melalui jawapan pertanyaan lisan di Parlimen.
Semua salinan
dokumen yang disertakan bukanlah rahsia bagi rakyat Sabah yang setiap hari
hidup dalam keadaan ketakutan kerana sentiasa dibayangi PATI yang bersikap
rakus dan ganas sekalipun telah diberi peluang menjadi rakyat Sabah (Malaysia)
melalui pemberian kad pengenalan yang mempunyai huruf keramat ‘H’.
Sabah yang menjadi
sasaran ‘Skandal X-Files’ terpaksa menanggung beban sosial, ekonomi dan politik
secara bersendirian kerana hanya Sabah menjadi sasaran ‘Tokoh Politik’ Nasional
yang ingin merampas kuasa rakyat dan mengekalkan kuasa selagi terdaya sehingga
enggan mendengar keluhan rakyat Sabah yang disampaikan melalui Ahli Parlimen di
Dewan Rakyat sejak 1972 lagi.
Lanjutan daripada
hasrat melambung rakyat Sabah, saya menerima cabaran Menteri Dalam Negeri dan
ingin mengemukakan bukti yang boleh dijadikan rujukan untuk mencari formula
yang berkesan bagi menangani masalah kerakyatan songsang di Sabah yang didakwa
melibatkan campurtangan Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.
Pendaftaran Sabah,
Yakub Damsah, yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
yang sebelum ini memberi keterangan di dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia
Terakhir’ kerana rakyat mempercayai dalilnya.
Yakub bersedia
menjadi saksi dan memberi keterangan di Parlimen atau di Mahkamah Undang-Undang
berhubung dakwaannya bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Sabah terlibat
mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan projek kepada PATI di Sabah sekitar
1991 sehingga 1994.
Sebagai bekas
pegawai kerajaan, Yakub mendakwa Kerajaan Persekutuan menjadikan mereka kambing
hitam untuk menghalalkan ‘jenayah’ yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Allahyarham Dato’ Seri Megat Junid Megat Ayub.
Yakub mendakwa
bahawa mereka telah dikerah untuk mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan biru
melalui misi khas namun tidak tahu kepada siapa kad pengenalan biru yang mereka
tandatangani diberikan.
Selain Yakub,
Mantan Tahanan ISA, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat juga bersedia memberi
keterangan; sekalipun Jabar telah memberi keterangan di hadapan ‘Jawatankuasa
Khas Parlimen Mengenai Integriti’ yang dipengerusikan Tan Sri Bernard Dompok
pada 26 Februari 2007 di Dewan Parlimen.
Manakala, 14 orang
lagi mantan Pegawai Pendaftaran Negara yang dilucutkan jawatan selepas
dibebaskan daripada tahanan ISA juga bersedia memberi keterangan jika
diperlukan atau mereka boleh disapena jika KDN benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini dengan memanggil
mereka yang terdiri daripada;
Saksi bergerak (15
bekas pegawai JPN) yang boleh bercakap ini lebih baik daripada semua dokumen
yang dipaparkan di dalam semua buku yang dihasilkan para penulis di Sabah
kerana boleh berinteraksi secara bebas dan boleh mengemukakan alibi yang
melampaui keraguan munasabah.
MUTALIB
M.D: Selain Yakub dan 14 bekas Pegawai JPN, siapakah lagi yang boleh memberikan
bukti berasaskan peruntukan undang-undang?
BUMBURING: Saya telah
menghubungi Mantan Ketua Daerah Sandakan dan Mantan Tahanan ISA, OKK Hassnar MP
Ebrahim, namun beliau hanya bersedia mendedahkan ‘Skandal X-Files’ di mahkamah
kerana beliau pernah menolak apabila dijemput oleh Jawatankuasa Khas Parlimen
Mengenai Integriti kerana beranggapan sebagai ‘membuang masa’ disebabkan tidak
yakin dengan kredibiliti jawatankuasa khas berkenaan yang tidak mempunyai
Locus-Standi.
01) Hamzah
Tim
02) Asli
Sidup
03) Balasius
Balajin
04) Mohd
Tohid Mohamad
05) Mohd
Nasir Sungip
06) Ibnu Ham
Tajur Arifin
07) Ishak
Yusof Apok
08) Azmi
Karim
09) Juliah
Damsah
10) Mohd
Razali Samin
11) Jumahat
Taripin
12) Abdul
Rauf Sani
13) Zakaria
Ahmad
14) Kee
Dzulkifly Kee Abdul Jalil
Dalam keterangannya
di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 1999, Hassnar mendedahkan bahawa beliau
telah diarah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh menemui Datuk Megat
Junid Megat Ayub untuk mengambil borang memproses kad pengenalan untuk merekrut
warga asing Filipina dan Indonesia dengan tujuan untuk meramaikan pengundi
Islam setelah Harris membayar sejumlah RM2 juta kepada Megat Junid untuk tujuan
berkenaan.
Hassnar turut
mengulangi dakwaannya dalam buku saudara, ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ di
halaman 435, bahawa beliau sangat berharap agar dakwaannya bahawa isteri Mantan
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Hassan Alban Sandukong yang bernama
Datin Nurfideri sebagai ‘Datin Pendatang Haram’ dapat disiasat dan diambil
tindakan sewajarnya.
MUTALIB M.D: Selain daripada saksi-saksi yang Datuk Seri sebut tadi,
siapakah lagi yang bersedia memberi keterangan jika diminta KDN?
BUMBURING: Saya
tertarik dengan pendedahan seorang saksi daripada Telupid iaitu Kamaruddin Omar
yang telah mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim
(DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut
Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat
dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.
Saya telah berjaya
menghubungi Kamaruddin dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan serta
bukti bahawa ramai PATI India memperolehi kad pengenalan projek, termasuklah
Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah
pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka
dimensi baru.
Selama ini modus
operandinya hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang
Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai
modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah. Kata Kamaruddin,
Mohd Ansar Maidin (pemegang pasport India) ialah bekas pekerjanya (sebagai
pembuat roti canai) di sebuah restoran di Papar.
Kamaruddin sedia
memberi keterangan di Parlimen atau Mahkamah dan mendakwa boleh mengenali lebih
daripada 80 peratus India yang berada di Sabah adalah Pendatang Haram India
yang mendapat kad pengenalan melalui DPIM dan modus operandi lain.
Selain,
Kamaruddin, seorang bekas Tahanan ISA, Mohd Kasir Abdulini merupakan Bugis yang
berasal daripada Indonesia dan mendapat kad pengenalan melalui jalan songsang
dan telah menjadi salah seorang ‘Watak’ penting untuk merekrut PATI melalui
modus operandi Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS). Beliau turut diberkas
dan ditahan di bawah ISA bersama 24 orang awam lain yang terlibat dengan
‘Skandal X-Files’.
Melalui Modus
Operandi tersebut, mereka menggunakan borang keahlian PKBS ini, mereka
mengambil cap jari dan gambar semua PATI untuk dibuatkan kad pengenalan biru;
sedangkan di bawah Akta Pertubuhan 1960 semua persatuan dilarang menggunakan
borang yang mengambil cap jari ahli untuk sebarang tujuan.
Pada mulanya hanya
untuk PATI Indonesia, namun akhirnya semua PATI termasuk INDIA dan PAKISTAN juga
menggunakan borang PKBS untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Kasir menyimpan
puluhan ribu data PATI yang telah mendapat kad pengenalan biru melalui beliau
dan sebahagiannya ada dipaparkan dalam memorandum ini.
Ramai di antara
mereka yang mendapat kad pengenalan biru melalui Modus Operandi ini sudah
menjadi jutawan dan ahli politik terkenal di Sabah; sehingga mereka berjaya
menubuhkan cawangan UMNO, menjadi Ketua Cawangan, AJK Bahagian; malah ada yang
sudah menjadi Adun.
MUTALIB M.D: Kesemua saksi yang Datuk Seri nyatakan tadi hanyalah orang
awam atau bekas pegawai atau mereka yang tidak mempunyai bidangkuasa atau
locus-standi untuk menentusahkan sesuatu dokumen. Adakah saksi lain yang boleh
dipercayai boleh memberi keterangan bahawa Virus PATI begitu meruncing di
Sabah.
BUMBURING: Saya
rasa semua pegawai penguatkuasa boleh dijadikan saksi untuk memberikan
keterangan bersumpah terutama seorang pegawai
Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia yang telah membuat laporan polis berhubung tangkapan
yang telah mereka buat terutama yang telah dibebaskan Jabatan Imigresen
Malaysia tanpa didakwa di mahkamah.
Kebanyakan PATI
yang ditangkap APMM menggunakan dokumen palsu dan dokumen yang dikeluarkan
Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK atau Ketua Anak Negeri yang memberikan
pelbagai pengesahan dengan bayaran tertentu. Ramai di antara yang diberkas APMM
menunjukkan dokumen daripada Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Sabah,
sedangkan unit berkenaan bukanlah Jabatan Imigresen. Ada di antara mereka menggunakan
surat pengesahan tersebut selama berpuluh tahun. Apabila tertangkap, mereka
dibebaskan dengan syarat sanggup membayar sejumlah wang
MUTALIB M.D: Bagaimana pula di pihak Kerajaan Negeri Sabah. Adakah
Datuk Seri akan memanggil mereka untuk memberi keterangan atau membantu Datuk
Seri menonjolkan bukti yang diperlukan untuk menyokong dakwaan Datuk Seri?
BUMBURING: Jika
KDN benar-benar ini menyelesaikan isu pemberian PR kepada pelarian Filipina di
Sabah, mereka wajar memanggil salah seorang menteri kabinet Sabah iaitu Menteri
Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Ebin untuk memberi keterangan kerana
Kabinet Sabah membantah pemberian MyPR kepada pelarian Filipina di Sabah yang
sebelum ini memegang IMM13.
Dalam kenyataan
akhbarnya di Utusan Borneo (Sabah), pada 3 September 2007, Ewon meminta agar
rakyat Sabah tidak perlu risau berhubung dakwaan pembangkang bahawa pemberian
taraf penduduk tetap (PR) kepada pemegang IMM13 disokong Kerajaan.
Kata Ewon, Kabinet
Negeri Sabah dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang diterajui Ketua
Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman telah membantah cadangan Kerajaan
Persekutuan mem-berikan taraf PR itu.
"Dakwaan
pembangkang hanya merupakan dakyah politik yang sengaja dibesar-besarkan
semata-mata menarik perhatian rakyat agar membenci kerajaan yang memerintah,
apa lagi pada saat menjelang pilihanraya," kata Ewon.
Menurut Ewon, jika
Kerajaan Sabah menentang pemberian PR kepada pelarian, maka apa lagi yang perlu
dirisaukan kerana kerajaanlah yang berhak dan perlu didengar untuk menangani
masalah tersebut.
Keterangan Adun
Paginatan ini bercanggah dengan apa yang berlaku sekarang kerana puluhan ribu
pemegang IMM13 telah mendapat atau diberikan MyPR yang membolehkan mereka
menetap di Sabah secara bebas kerana sebelum ini mereka perlu memperbaharui
IMM13 mereka setiap tahun. Apa terjadi dengan IMM13 mereka?
MUTALIB M.D: Ada siapa lagi atau dokumen yang Datuk Seri ingin
tunjukkan bagi membuktikan bukti wujudnya PATI yang mendapat MyKad atau dokumen
pengenalan diri Malaysia secara tidak sah?
BUMBURING: Semua
dokumen atau bukti ada dalam Memorandum ini tetapi banyak yang sulit dan tidak
dapat disiarkan kerana melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan. Namun ramai
saksi lain dan bukti lain yang boleh didedahkan; terutama mereka yang disyaki
memegang dokumen palsu atau projek berkenaan untuk menjawat pelbagai jawatan
termasuk Adun. Sebelum ini dua orang PATI Filipina tampil dan membuat pengakuan
bahawa mereka memang PATI dan mendapat kad pengenalan projek iaitu Fuad Arif
dan Tamskie A Said.
Saya ingin
tegaskan bahawa masih ramai PATI di Sabah yang menggunakan dokumen Unit
Penempatan JKM, IMM13 palsu dan MyPR palsu yang didalangi sindiket, sekali
bukan pada skala besar seperti di era 90-an. Keadaan lebih parah ketika pilihanraya
kerana ramai PATI turun atau diupah untuk membuang undi menggunakan resit kad
pengenalan sementara atau MyKad yang hanya dikhususkan untuk mengundi. Ramai
daripada mereka mengundi lebih daripada sekali di tempat yang sama atau
berasingan dengan menggunakan kad pengenalan yang berlainan.
Sebagai contoh,
Mohd Hassan Ambotuo yang dilantik menjadi Ketua Kampung Sinar Baru, Sandakan
merupakan PATI daripada Indonesia yang sebelum ini bekerja di kem pembalakan.
Nama sebenarnya Lahassan Bin Cupak iaitu nama dalam pasport asal dan Kartu
Tetap Penduduk Indonesia. Pada 1984 mendapat kad pengenalan H0327140 tetapi
berkongsi dengan orang lain sebelum
mendapat MyKad 430204-12-5295 yang digunakan untuk menjadi Ketua Kampung.
MUTALIB M.D: Ketika menjalankan kajian, adakah Datuk Seri sedar bahawa
banyak Pusat Penempatan Pelarian Filipina yang ditinggalkan UNHCR telah
digunakan sebagai Kampung yang dilengkapkan dengan segala prasarana oleh
Kerajaan BN dan kebanyakan bekas pelarian masih menetap di kampung berkenaan.
BUMBURING:
Mengikut rekod tidak rasmi seramai 60,000 pelarian masih berada di Sabah, namun
jumlah mereka semakin bertambah sekalipun ramai di antara mereka yang telah
memiliki MyKad. Pasukan Petugas Khas Persekutuan mengadakan banci setiap tahun
sekalipun penduduk di kampung pelarian tidak lagi menggunakan IMM13.
Kebanyakan bekas
pelarian Filipina ini masih tinggal di Pusat Penempatan Pelarian yang pernah
dibina oleh UNHCR sekalipun mereka mempunyai kad pengenalan merah (MyPR) dan MyKad.
Saya agak terkejut
kerana di setiap rumah bekas pelarian ini terdapat kertas banci Pasukan Petugas
Khas Persekutuan Sabah dan Labuan (Task Force) sedangkan kesemua mereka telah
memiliki MyKad atau MyPR, baik melalui saluran sah atau jalan songsang. Kenapa
Task Force masih mahu banci sedangkan mereka sudah mendapat kad pengenalan,
melainkan IMM13 yang mereka miliki sebelum ini telah digantikan dengan penama
baru seperti yang didakwa ramai pihak.
MUTALIB M.D: Semasa Datuk Seri dan pembantu menjalankan kajian, adakah
pernah bertemu dengan sesuatu senario yang membahayakan keselamatan awam dan
memudaratkan kedaulatan Sabah?
BUMBURING: Memang
tidak dinafikan kami berhadapan dengan pelbagai masalah di kawasan setinggan
yang dihuni PATI kerana mereka was-was untuk memberikan kerjasama dan
kebanyakannya dikuasai pengedar dadah dan penyeludup seolah-olah kawasan
tersebut bukan terletak di Sabah kerana tiada penguatkuasaan. Syabu dan dadah
serta rokok haram dijual secara terbuka. Orang saya mengalami kesukaran untuk
memasuki Pulau Jampiras yang dihuni oleh bekas pejuang Moro kerana kebanyakan
mereka bersenjata
automatik dan seolah-olah berada di negara asal mereka. Anehnya mereka
memiliki MyKad dan bebas keluar masuk ke Sabah, hatta ke Semenanjung Malaysia
tanpa pemeriksaan Imigresen. Sungguh istimewa.
Mengikut maklumat
yang saya terima, Kerajaan Persekutuan telah mengumpul pejuang MORO di Pulau
Jampiras, Sandakan untuk dilatih dan dihantar kembali ke negara mereka untuk
memperjuangkan autonomi di Selatan Filipina. Namun sehingga kini mereka masih
berada di Jampiras dan diberikan kad pengenalan projek. Bagaimana nasib
generasi kita kelak kerana mereka bersenjata sedangkan kita hanya berbangga
dengan gelaran ‘Anak Negeri’?
MUTALIB M.D: Apakah kesan jangka panjang kehadiran PATI dan apa yang
telah dilakukan rakyat Sabah selama ini untuk menampan ledakan PATI yang
semakin membimbangkan?
BUMBURING: Selama
ini, rakyat Sabah, tanpa mengira fahaman politik, suku kaum atau anutan agama
sentiasa berganding bahu memerangi Gejala PATI yang bermaharaja lela di Sabah,
daripada protes lisan atau menghantar memorandum bertulis kepada Kerajaan,
termasuk ke bawah DYMM Yang DiPertuan Agong.
Protes senyap ini
menunjukkan rakyat sudah muak dengan janji Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi
Isu PATI di Sabah yang telah berlanjutan selama tiga dekad sehingga memaksa
seorang akauntan, Joshua Kong menjadi NGO yang aktif memperjuangkan kepentingan
rakyat Sabah dengan memakai selendang yang bertulis ‘Illegal Government Must
Go’, iaitu merujuk kepada tindakan menggunakan PATI sebagai pengundi!
Cabaran paling
besar ialah generasi baru PATI yang dilahirkan di Sabah yang tidak mempunyai
dokumen pengenalan diri, tanpa pendidikan dan terbiar merupakan bom jangka yang
akan meletup pada bila-bila masa, terutama setelah mereka membesar atau
melakukan jenayah ketika masih juvana. Mereka ini telah menjadi ancaman besar
kepada sistem sosial di Sabah yang semakin tidak keruan. Siapakah yang akan
menyelamatkan generasi Sabah jika kita tidak memulakannya?
Anak Warga asing
yang kebanyakannya PATI amat bertuah kerana mendapat pendidikan asas di Humana
berbanding kanak-kanak kita di pedalaman yang belum mengenal huruf kerana
sekolah terlalu jauh daripada kampung; sehingga mereka tercicir daripada
persekolahan. Bertuahnya anak-anak PATI ini kerana dapat menghirup udara segar
sabah sedangkan mereka (anak-anak PATI) yang tidak layak menjejakkan kaki ke
Negara ini. Siapakah yang menghalalkan mereka tinggal dan membesar di Sabah?
MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, apakah pintu Imigresen kita
ampuh untuk mengekang kemasukan berleluasa PATI terutama di Tawau, Sandakan,
Kudat dan Sipitang?
BUMBURING: Pintu
Imigresen kita yang bolos memudahkan PATI memasuki negeri Sabah tanpa sebarang
masalah kerana kebanyakan Tekong Darat dan Tekong Laut terdiri daripada PATI
yang telah mendapat kerakyatan tulen Sabah, namun masih berkiblat ke negara
asal mereka demi memperjuangkan nasionalisme mereka.
Kita ambil contoh,
dua orang PATI Filipina iaitu Komander Robot (Galib Andang) dan Mujib Susukan
merupakan dua pelarian perang yang pernah ditahan di Kem Askar Di Segangan,
Lahad Datu. Robot dan Mujib kemudiannya diberikan Pas Lawatan IMM22 yang
membolehkan mereka bekerja dengan Pegawai Imigresen Lahad Datu, Michael Wong @
Zulkarnain sebagai penjaga ayam sabung. Selepas Zulkarnain meninggal dunia,
Robot dan Mujib ke Kota Kinabalu menjadi penjual ikan di Pasar Ikan Kota
Kinabalu dan pemandu bas mini setelah berjaya mendapat kad pengenalan projek
daripada Kerajaan Berjaya. Robot dan Mujib mengetuai penculikan di Pulau
Sipadan dan Pandanan, Semporna pada April 2000. Kini terdapat ratusan ribu
mereka yang telah memperoleh kerakyatan Malaysia tetapi berkiblatkan Filipina
dan meneruskan tuntutan politik ke atas Sabah.
MUTALIB M.D: Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah jalan untuk
membatalkan MyKad atau MyPR yang telah dianugerahkan kepada PATI ini sedangkan
mereka telah menjadi pemilih berdaftar dan ahli parti yang merupakan penyokong
tegar BN. Tidakkah akan membahayakan kuasa politik BN kelak?
BUMBURING: Saduran
surat ini (sambil mengunjukkan sekeping surat saduran) daripada Jabatan
Pendaftaran Negara yang menyenaraikan 16,693 kad pengenalan yang TIDAK
DIIKHTIRAF, cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan boleh melakukan pembatalan
jika mereka mahu menghapuskan kad pengenalan projek, namun jawapannya ada pada
Menteri Dalam Negeri dan Kabinet Malaysia. Tindakan ini akan memberi kesan
kegelinciran pengaruh BN, namun akan pulih dalam masa yang singkat.
MUTALIB M.D: Ada apa-apa lagi yang Datuk Seri ingin suarakan?
BUMBURING: Hak dan
peluang yang saksama haruslah diberikan kepada saya selaku Ahli Parlimen
Malaysia (Tuaran) agar dapat memainkan peranan penting memperkasa perjuangan
dan memantapkan perpaduan di kalangan rakyat Sabah melalui daya juang dan
ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak yang berwibawa, pragmatik dan praktikal kerana prihatin
terhadap MASA HADAPAN dan SURVIVAL rakyat Sabah yang TERABAI dan TERPINGGIR
dari segi hak dan kedaulatan ibu pertiwi selama ini.
Namun apapun yang
kita usahakan atau lakukan untuk membasmi Gejala PATI dan kesannya, tidak akan
menghasilkan kejayaan sekiranya tidak ada ‘Political Will’ yang merupakan
kemuncak segala tindakan.
Wawasan Itu
Penting Berbanding Matlamat Kerana Matlamat Adalah Suatu Tempoh Yang Pendek
Sedangkan Wawasan Adalah Suatu Tempoh Yang Panjang.
MUTALIB M.D: Jika benar Datuk Seri ingin menyelesaikan isu ini secara
tuntas, kenapa tidak heret Menteri Dalam Negeri Ke mahkamah untuk mendapat
keadilan undang-undang?
BUMBURING: Buat
masa ini belum ada pihak yang bercadang untuk melakukan tindakan drastik
berkenaan kerana yakin isu ini dapat diselesaikan secara legislatif,
administratif dan diplomatik. Jika semua menemui jalan buntu, mungkin ada pihak
yang sudah merancang untuk mengheret Menteri Dalam Negeri ke mahkamah; tetapi
buat sementara waktu, saya yakin Menteri Dalam Negeri ada kaedah penyelesaian
terbaik. Kita Cuma perlu
berikan masa kepada beliau untuk meneliti isu ini secara saksama.
MUTALIB M.D: Akhir sekali apa harapan Datuk Seri melalui Memorandum
yang telah disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri?
BUMBURING: Saya
berharap agar Menteri Dalam Negeri atau Kabinet Malaysia dapat mempertimbangkan
dan meluluskan memorandum ini demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan
Sabah daripada Gejala Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat ‘Suaka
Politik’ setelah memperoleh Kad Pengenalan Projek di luar lunas Perlembagaan
Persekutuan. Memorandum ini merupakan ‘Amanah Rakyat Sabah’ kepada saya untuk
disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan agar isu PATI yang memiliki dokumen
pengenalan diri Malaysia secara tidak sah akan dapat diselesaikan secara
bijaksana dan penuh komited.
Terima Kasih!
pa pendapat kmu???
ReplyDelete