Sunday 30 December 2012

Thursday 9 February 2012

Tugasan Adobe Photoshop cs4

TUTORIAL ADOBE FLASH CS4 (MASKING TEKNIK)
Disunting oleh : Jek Azervin Egang
vedio yang ditunjukan dibawah ini merupakan satu hasil kerja saya sendiri dalam pembangunan projek multimedia di Kolej kami, biarpun ia agak sukar tapi semuanya dapat juga diatasinya. Tak kira anda siapa, seorang editor, PHOTOGrafik, pengarah filem, seorang pakar dalam bidang editer perfileman, tetapi anda dan kita juga boleh menghasilkan corak multimedia dengan mempunyai keazaman untuk belajar sesuatu yang baru. Tak kisah ia susah ataupun senang, asalkan kita ada kemahiran dan itu boleh dijadikan satu pengalaman manis bagi kita dalam hidup ini. oleh itu, vedio ini akan mengajar anda dengan "STEP BY STEP".

Teknik edit photo use a adobe photoshop cs4

TENIK PHOTOSHOP CS 4 (MASKING).

Disunting oleh : Jek Azervin Egang

ia merupakan satu teknik dimana setiap gambar yang kita letakkan dalam gambar yang original kita dapat mengaplikasikan gambar tersebut boleh dijadikan ia satu background terhadap gambar original tersebut. teknik ini selalunya digunakan oelh pakar-pakar editer photo di malaysia mahupun di dunia. oleh itu, vedio ini akan menunjukan anda bagaimana untuk menghasilkan gambar yang unik dan menarik. SAKSIKAN...


BAGAIMANA? anda tahu sudah, macam mana hendak membuat gambar yang lebih menarik.


Wednesday 8 February 2012

Dasar-Dasar Ekonomi Malaysia


Disunting oleh : Jek Azervin_ajekazrin@gmail/yahoo.com


DASAR EKONOMI BARU

1.0 PENDAHULUAN

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

1.1 RANCANGAN-RANCANGAN DASAR EKONOMI BARU

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. 
 
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya :
 
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN)

2.0 PENDAHULUAN

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.


2.1 OBJEKTIF

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


2.2 STRATEGI PELAKSANAN

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
  • Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.
  • Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
  • Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
  • Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan Bandar dan luar Bandar.
  • Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan Negara.
  • Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat peyusunan semula masyarakat.

Sunday 5 February 2012

Kertas Kerja Perancangan Perniagaan


Disunting oleh : Jek Azerin_ajekazrin@yahoo/gmail.com
 
PERANCANGAN PENTADBIRAN

Pengenalan Perniagaan

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntunga besar dalam bentuk tukaran asing serta menmasyhurkan Malaysia di mata dunia. Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpontensi di Asia kerana mempunyai muka bumi yang unik dari segi iklim, geografi dan kehidupan flora dan fauna yang berlainan. Sehubungan dengan itu, penarikan pelancong buka sahaja orang asing mahupun ia juga dapat menarik pelancong dari warga tempatan. Potensi industri pelancongan adalah satu penjana hasil ekonomi baru Negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industry pelancongan ini sekirannya ia diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sisitem penggangkutan dan keselamatan pelancong merupakan satu penyumbang secara positif dan negative terhadap pelancong yang pelancong di Malaysia.
 
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat meningkatkan pertumbuhan industry-industri berkaiatan yang lain dalam memberi peranan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju Negara maju ke generasi berikutnya. Syarikat kami iaitu TRAVEL FOR YOU SDN. BHD. yang menawarkan perkhidmatan pemgangkutan bagi memudahkan pelancong asing dan tempatan menuju ke destinasi menarik yang terdapat dinegeri sabah. Syarikat kami juga sekalugus dapat memperkenalkan Negara kita kepada pelancong asing dengan cara membawa mereka mengunjungi pameran yang julung-julung kali diadakan sperti “Visit Malaysia” dan “Sabah Fiest”.
 
Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

Syarikat Travel for you Sdn Bhd bermatlamat menjadi syarikat yang dipercayai oleh setiap pelancong agar ia memberi satu impak kepada perkembangan dalam pembangunan industry dalam agensi pelancongan di negeri Sabah mahupun di Malaysia supaya ia memberi sambutan yang memberansangkan dari sudut perkhidmatan penggangkuta agar pelancong dapat merasakan mereka senang dengan perkhidmatan yang kami berikan. Syarikat kami telah menetapkan satu matlamat iaitu Visi, Misi dan Objektif syarikat kami.

VISI

“MESRA UNTUK SEMUA”

Iaitu satu perkhidmatan yang diberikan adalah berkonsep senang dan selamat bila menggunakan perkhidmatan yang diberikan agar perhubugan antara pelancong dengan syarikat kami dapat di diwujudkan.

MISI

q Kami menitikberatkan keselesan dan keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan.

q Menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta pakej pelancongan yang memuaskan kepuasan pelanggan.

Apa itu M-Dagang

Salam 1 Malaysia, saya seperti anda juga seorang pelajar tak kira anda dari IPTA atau IPTS, sebelum ini, saya tercari-cari di mana Blog yang dapat membantu saya untuk membuat rujukan tentang M-DAGANG DAN M-MOBILE dengan kertas kerja subjek Peng. Kpd Teknologi Maklumat. Tahniah!! inilah Blog yang anda cari selama-lama ini. 

Diploma Pengurusan ( PTPL SABAH )
disunting oleh : Jek Azerin Egang



2.0 PENDAHULUAN
Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan ________ sebagai pengajar kami dalam subjek E-dagang kerana telah memberi tunjuk ajar, nasihat, dan dorongan dalam membuat tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kami yang lain kerana sanggup meluangkan masa dengan kami biar pun keadaan yang sibuk untuk meminta pandangan dan pendapat untuk tugasan kami ini. Dengan ini juga, ia dapat membantu kami dalam meyediakan tugasan ini dengan sempurna.